sekarang aku teruskan hidup jadi suri rumah sambil biz online sikit-sikit. Best jugak,selain dapat tengok-tengok anak, dapat cari duit poket sendiri. Menyesal?..tak pernah.. aku sentiasa berpegang pada kata-kata "untuk mendapatkan sesuatu,kita terpaksa lepaskan sesuatu".. dalam konteks kes aku ni, aku nak jaga anak-anak dengan tangan sendiri,so lupakanlah nak bekerja dengan pendapatan tetap bulanan.. tapi tak kisahlah,bekerja atau tidak yang penting kita bahagia dengan apa yang kita lakukan..ye tak? :)
Ada yang kata ruginyaaa..dah belajar penat-penat dok umah je.. emmm..pandangan orang memang berbeza. Pada aku,ilmu yang ada bukan setakat untuk digunakan di alam kerja sahaja...tapi berguna juga untuk mendidik anak-anak disamping menjalani rutin harian..
Sebenarnya ia bergantung jugak dengan...apa yang kita nak dalam hidup ni..
kalau aku simple je.. tak nak jadi menteri atau wanita berjaya yang nun berjawatan tinggi setaraf lelaki... cukup dengan suami yang baik, anak-anak membesar di tangan sendiri, makan pakai seadanya dan teruskan rutin hidup dengan rasa bahagia.
Cuma,kalau ada peluang nak jugak buka kedai/butik pakaian..hah!kalau nak capai yang ni,kenalah pergi menuntut satu ilmu lagi tentang kemahiran seni jahitan...entah bila lahhhh.. :)
jadi, beginilah aku sekarang...perhatikan anak-anak dan cari hobi yang aku suka untuk dibuat bila ada masa terluang. setakat ni,hobi menjahit manik..ambil tempahan bila rasa free...akan datang nak cuba melukis pulak lah...hehehehhe
No comments:
Post a Comment