ingat lagi, masa darjah 4, cikgu bahasa melayu puji karangan aku.sebab masa tu karangan aku tentang "baju raya saya" adalah yang paling lain dari yang lain garapannya..hehehhe (padahal masa tu bayang baju raya pun tak nampak.. :( ) rasa bangga sangat bila cikgu Fadilah bacakan kepada semua murid dalam kelas 4 Biru tu..aku ingat lagi tau....
Darjah 6,aku ngan sorang kawan baik masuk pertandingan mengarang. kalau tak silap masa tu ada 2 kategori,menengah dan rendah. Tidak menghampakan bila aku terpilih antara 3 yang terbaik. Aduh,..memang lupa betul aku di tempat ke berapa..
.
sekolah menengah pulak,masa tingkatan 2.. karangan aku terpilih sebagai karangan terbaik lagi...tapi serius,aku lupa tajuknya apa..ingat lagi,cikgu Rosli buat copy dan bagi pada semua pelajar tingkatan 2.bangga lagi..femes lah sekejappp... :)Entah kenapa, daripada 3 peristiwa manis di atas,aku lebih ingat kes masa darjah 4 tu..kalau ikutkan jangkamasa,itulah yang paling lama.huh!tapi masih ia segar lagi tauu..
selepas karangan aku cikgu pilih,aku rasa (rasa aku sendiri lahhh) aku ada bakat menulis...hehehehehe.. tapi aku tak buat apa-apa pun dengan bakat yang aku rasa ada tu. Lepas SPM aku rasa teringin nak menulis cerpen. Uit,jangan ingat aku tak buat okayy...aku buat bukan satu tapi banyakkk wooo.. tapi,satu cerita pun tak pernah habis...
yang lawaknya,selang beberapa tahun lepas tu..aku terfikir nak tulis novel..hahahhah lawak tak lawak... :p masa tu plot-plot cerita novel aku cuma ada dalam kotak fikiran je.. hebat ek???..hehehehheh dan akhirnya bakat yang aku rasa ada tu, terkubur macam tu je.. :)
Sebenarnya aku rasa aku ada bakat yang lain..dalam bidang seni dan craft. Dulu kononnya lepas habis SPM nak masuk course art & design kat uitm..nak jadi pereka fesyen.. :p
entah macamana boleh amik course sc computer pulak daaaa... nak tau tak,sudahnya apa yang aku jadi?...jeng..jeng..jeng.. sekarang jadi suri rumah je.. :)
tapi impian aku nak jadi pereka fesyen sebenarnya tak terpadam lagi..walaupun satu kelas menjahit pakaian pun aku belum pergi...aku ni kategori angan-angan mat jenin ke ek?.. :)
tu lah serba sedikit dahulunya aku ni..kalau nak cerita semua memang banyak sangat. mungkin boleh selak sikit-sikit cerita lama di entry akan datang.. oh ya,asal-usul aku nak bercerita di blog ni bermula kira-kira 2 minggu lalu. aku telah tulis sesuatu di notes fb. Tiba-tiba rasa seronok pulak..di situlah bermulanya semula... :)
No comments:
Post a Comment