Pages

Tuesday, July 10, 2012

Cardigan Kod CF04

Cardigan are made from 100% rayon fabric. soft, smooth and stretchable, fit for S to L size.

price : rm35 (termasuk pos)
colour : brown,grey,black

* Berkemungkinan warna di dalam gambar setiap item berbeza dengan warna sebenar kerana kerana faktor pencahayaan.


Brown - available
Grey - available
Black - available

Cardigan Kod CF05

New collection of Long cardigan with pull up ties in front. Cardigan are made from 100% rayon fabric. soft, smooth and stretchable, fit for S to XL size.


Price : rm45 (termasuk pos semenajung)
sabah +rm3 , sarawakk +rm2


Sila isi order form jika ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan.. :)


Berkemungkinan warna di dalam gambar setiap item berbeza dengan warna sebenar kerana kerana faktor pencahayaan.


Black - available

 Brown - available

Pink - available

Purple - available

Grey - sold out
(open for pre-order)

Thursday, February 2, 2012

Aku ingatkan aku rajin...

Adoiiii..dah bersarang dah blog ni..masa mula2 nak creat blog rasanya macam banyak masa nak berceloteh tentang macam-macamlah... baru aku sedar, rupa-rupanya itu semua hanya angan-angan semata-mata.. :(

Masuk tahun 2012 tambah sibuk,coz anak nombor 2  naik darjah 1. Darjah 1 kannnn...so faham-faham aje lahhhh..semua kena pantau 200%..rasa macam diri sendiri plak yang sekolah..so,mana ada masa sangat nak layan blog. Hobi menjahit pun tak dapat nak layannn. Harap-harap tak lama lagi my doter yang darjah 1 tu boleh lebih berdikari. Buat masa sekarang memang pening aaaa.. kalau tanya apa-apa kejadian kat skool,jawapannya "entahlahhhhh.. " adoiai lahhhh... Mujur kakak dia dah darjah 3, pandai berdikari dan tak banyak hal.

Citer tentang my doter yang darjah 1 ni, dia paling susah bab makan. Memang sangat menguji kesabaran saya. Kadang-kadang dah cuba sedaya upaya menarik perhatian untuk dia makan,tapi tetap gagal. Bila saya masak nasi + lauk, dia akan kata.. "adik, tak nak makan nasi..nak makan bubur.. " So esoknya saya pun masak lah bubur + sup ayam. Tiba-tiba dia kata.. "alaaaa..adik tak nak makan bubur,nak makan roti.. "..ishhhh.. hari ni saya masak nasi + sayur campur (ada letak udang). Tiba masa nak bagi makan,dia kata pulak.. " tak nak lah nasi udang..adik nak nasi ayam..".. huaaaaa...memang sangat menguji saya..

Anak yang kecik plak dah nak 2 tahun (mac). Akal makin bertambah. Satu hal jugak nak handle. Tapi mereka tetap membahagiakan,walaupun kadang-kadang menaikkan darah ke tahap tertinggi.. Syukur Alhamdulillah dikurniakan anak-anak.. :)

harap saya ada masa untuk coretan lain selepas ini..

Wednesday, March 23, 2011

lepaskan geram...

hari ni rasa geram sangat...emmm kalau u all camne cara lepaskan geram?..
arghhh aku ni kenapalah lembut hati sangat,so terpaksa memendam je....
susah jugak ek kalau asyik jaga perasaan orang je.. :(
kalau aku,paling boleh lepaskan kat fb...
hah! fb ni pun satu hal..bukan marah kat fb..tapi geram dgn pengguna yg taksub ngan fb ni..
sebab kegeraman aku hari ni ialah dengan seseorang yang rajin sangat meng'update' status fb dia..
sebenarnya bukan hal aku pun nak geram klu dia selalu update fb..
yang aku geram,sebab dia lambat buat sesuatu kerja yang berkaitan dengan aku...
tapi fb update satu hari berapa kali daaaa...siap sempat tukar2 profile pic lagi..
emmm....

Thursday, March 17, 2011

amirah' 1st birthday..

hari ini, 17 mac..amirah 1 tahun sudahhh....
kejap je rasa..pejam-celik..pejam-celik..dah besar dah anak mama.. :)

hai..i'm mirah!! :)

jarang sebenarnya meraikan bday anak-anak...
tapi sebab ada untie2 baik hati nak sponser..layannnn...

with my luvly kids.. sarah, farahin & mirah..


mirah boring dalam baby seat..


senyum.. :)

semoga mirah sentiasa sihat & ceria membesar jadi insan yang berguna..

Monday, March 14, 2011

kita dan masa lalu...

hari ini aku terpanggil untuk mencoret sesuatu yang sukar hendak dijelaskan..

semua orang.. (orang2 golongan biasa ler..) pernah melalui masa lalu yang sukar,sedih,pedih,teruk,miskin,merempat,dicaci,dihina dll..(banyak sangat untuk ditulis)..
tapi,untuk menempuh hari yang mendatang,lupakan semua.. buat apa nak dikenang kalau menyakitkan hati?..

berfikirlah positif...mungkin kita rasa pengalaman atau masa lalu kita yang paling teruk,dasyat,tragis.. (rasanya semua orang merasakan begini,diulangi..bagi golongan biasa2 saje). Tapi sebenarnya ada lagi manusia yang lebih malang dari kita..jadi,bersyukurlah..

memaafkan memang sukar...melupakan mungkin lagi perit...
tapi percayalah,jika kita mampu melakukannya,ia merupakan satu kemenangan untuk diri kita sendiri...
hidup jangan terlalu berprasangka, bersangka baik adalah yang terbaik..

hidup ini memang tiada satu pun kepuasan. emm..jika kita merasa puas,sudah tentu tidak ingin hidup lagi..bukankah begitu?...

jangan sesekali kita menyesali apa yang berlaku...percaya pada qadaq dan qadar.. semua yang berlaku adalah ketentuan dariNya..
siapalah kita hendak mempersoalkan..layakkah kita???...

penghujung nasihat akan mendapat jawapan.. "bolehlah cakap,sendiri tak rasa.. "
kalau macam tu,hidup ini memang tiada kesudahan.. tunggu saja di sana,tempat yang kekal abadi...

ingatlah Allah maha segala-galanya..dugaan yang diberi kepada hamba-hambanya adalah berbeza..
belajar menerima hakikat,Allah menduga kita kerana Allah sayang kepada kita...
memberi peluang kepada kita menambah amalan,apabila kita redha dengan ketentuanNya..

ini adalah pendapat peribadi aku, ia mungkin bercanggah dengan pendapat korang...tapi inilah yang aku rasa tentang .."kita dan masa lalu.."
emmm..hanya aku tahu tentang masa laluku..penuh dengan :) :( :=))...

Sekarang ni aku...

sekarang aku teruskan hidup jadi suri rumah sambil biz online sikit-sikit. Best jugak,selain dapat tengok-tengok anak, dapat cari duit poket sendiri. Menyesal?..tak pernah.. aku sentiasa berpegang pada kata-kata "untuk mendapatkan sesuatu,kita terpaksa lepaskan sesuatu".. dalam konteks kes aku ni, aku nak jaga anak-anak dengan tangan sendiri,so lupakanlah nak bekerja dengan pendapatan tetap bulanan.. tapi tak kisahlah,bekerja atau tidak yang penting kita bahagia dengan apa yang kita lakukan..ye tak? :)

Ada yang kata ruginyaaa..dah belajar penat-penat dok umah je.. emmm..pandangan orang memang berbeza. Pada aku,ilmu yang ada bukan setakat untuk digunakan di alam kerja sahaja...tapi berguna juga untuk mendidik anak-anak disamping menjalani rutin harian..

Sebenarnya ia bergantung jugak dengan...apa yang kita nak dalam hidup ni..
kalau aku simple je.. tak nak jadi menteri atau wanita berjaya yang nun berjawatan tinggi setaraf lelaki... cukup dengan suami yang baik, anak-anak membesar di tangan sendiri, makan pakai seadanya dan teruskan rutin hidup dengan rasa bahagia.

Cuma,kalau ada peluang nak jugak buka kedai/butik pakaian..hah!kalau nak capai yang ni,kenalah pergi menuntut satu ilmu lagi tentang kemahiran seni jahitan...entah bila lahhhh.. :)

jadi, beginilah aku sekarang...perhatikan anak-anak dan cari hobi yang aku suka untuk dibuat bila ada masa terluang. setakat ni,hobi menjahit manik..ambil tempahan bila rasa free...akan datang nak cuba melukis pulak lah...hehehehhe