Pages

Thursday, February 2, 2012

Aku ingatkan aku rajin...

Adoiiii..dah bersarang dah blog ni..masa mula2 nak creat blog rasanya macam banyak masa nak berceloteh tentang macam-macamlah... baru aku sedar, rupa-rupanya itu semua hanya angan-angan semata-mata.. :(

Masuk tahun 2012 tambah sibuk,coz anak nombor 2  naik darjah 1. Darjah 1 kannnn...so faham-faham aje lahhhh..semua kena pantau 200%..rasa macam diri sendiri plak yang sekolah..so,mana ada masa sangat nak layan blog. Hobi menjahit pun tak dapat nak layannn. Harap-harap tak lama lagi my doter yang darjah 1 tu boleh lebih berdikari. Buat masa sekarang memang pening aaaa.. kalau tanya apa-apa kejadian kat skool,jawapannya "entahlahhhhh.. " adoiai lahhhh... Mujur kakak dia dah darjah 3, pandai berdikari dan tak banyak hal.

Citer tentang my doter yang darjah 1 ni, dia paling susah bab makan. Memang sangat menguji kesabaran saya. Kadang-kadang dah cuba sedaya upaya menarik perhatian untuk dia makan,tapi tetap gagal. Bila saya masak nasi + lauk, dia akan kata.. "adik, tak nak makan nasi..nak makan bubur.. " So esoknya saya pun masak lah bubur + sup ayam. Tiba-tiba dia kata.. "alaaaa..adik tak nak makan bubur,nak makan roti.. "..ishhhh.. hari ni saya masak nasi + sayur campur (ada letak udang). Tiba masa nak bagi makan,dia kata pulak.. " tak nak lah nasi udang..adik nak nasi ayam..".. huaaaaa...memang sangat menguji saya..

Anak yang kecik plak dah nak 2 tahun (mac). Akal makin bertambah. Satu hal jugak nak handle. Tapi mereka tetap membahagiakan,walaupun kadang-kadang menaikkan darah ke tahap tertinggi.. Syukur Alhamdulillah dikurniakan anak-anak.. :)

harap saya ada masa untuk coretan lain selepas ini..